26 September 2016

Impian

30 Ogos 2015. Hari pertama aku menjejakkan kaki di USM Kubang Kerian bagi memulakan tahun pertama aku sebagai pelajar perubatan di sini. Tidak pernah kubayangkan sama sekali bahawa hari ini aku sudah bergelar seorang mahasiswi di sebuah universiti tempatan yang diiktiraf dunia. Perasaanku berbaur. Sedih kerana sekali lagi perlu berjauhan dengan keluarga tetapi gembira kerana cita-cita dan impianku ingin bergelar mahasiswi telah tercapai.

Jam 8 pagi aku mendaftarkan diri di Dewan Murni. Hari pertama di sini agak sibuk. Banyak urusan yang perlu diselesaikan. Aku ditempatkan di bilik 157 bersama dengan seorang rakanku dari asasi dan seorang lagi rakan baru. Jam 2 petang, minggu orientasi dengan rasminya telah bermula. Hatiku berkobar-kobar. Resah tapi gembira. Aku sedar mulai saat itu, perjalananku sebagai seorang mahasiswi apatah lagi sebagai seorang pelajar perubatan tidak mudah.

6 September 2015. Setelah tamat minggu orientasi, hari ini hari pertama aku sebagai seorang pelajar perubatan. Minggu pertama lebih kepada perkenalan dan pendedahan dengan dunia perubatan. Kuliah dan praktikal bermula pada minggu seterusnya. Pada awalnya semuanya kurasakan mudah. Tetapi makin lama aku mula rasa tidak senang duduk. Jujur suasana di sini amat berbeza. Mungkin tidak pentingkan diri, tetapi masing-masing hanya belajar untuk diri sendiri. Suasana belajar bersama-sama seperti di bangku sekolah dahulu sudah tiada. Bahkan komunikasi antara satu sama lain kurasakan kurang seolah-olah masing-masing tidak mahu diganggu.

Di dalam kelas, aku dapat lihat seperti ada yang ingin menindas rakan sendiri. Tidak semua begitu kerana masih ada yang sudi membantu dan berkongsi ilmu, tetapi bilangannya terlalu kecil sehinggakan aku rasa adakah mereka ini layak bergelar doktor suatu hari nanti sedangkan tika bergelar pelajar perubatan, mereka berlagak seperti diktator sehingga membuat orang lain hilang keyakinan diri?

Lama-kelamaan barulah aku sedar. Hidup ini satu perlumbaan. Bukan menindas tapi masing-masing ingin menjadi yang terbaik antara yang terbaik. Itulah realiti kehidupan. Namun, ia menjadi semakin sukar untukku. Aku rasa seolah-olah diriku jauh tertinggal di belakang. Peperiksaan semester 1 hanya tinggal beberapa minggu sahaja tapi fokus aku semakin menghilang, sedangkan rakan-rakan berhempas-pulas membuat persiapan tetapi aku hanya termenung memikirkan nasib diriku. Aku hampir putus asa. Ingin saja aku menarik diri dari dunia perubatan. Tetapi atas nasihat seorang rakan, aku bertahan. Demi harapan kedua ibu bapaku, aku mula mencari semangat baru.

Aku melangkah ke dalam dewan peperiksaan tanpa sebarang persiapan. Rakan-rakan mentertawakan aku kononnya aku cuba mempermainkan mereka. Kononnya aku lebih bersedia daripada mereka, tetapi ingin berselindung. Perasaan gemuruh memasuki dewan peperiksaan kupendam sendiri. Dua bulan kemudian, keputusan peperiksaan diumumkan. Aku terkejut. Tanpa sebarang persiapan, aku lulus. Aku mula percaya dengan kebolehan diriku. Hal ini seolah-olah memberi semangat baru buat diriku. Aku nekad. Aku tidak ingin berputus asa sebaliknya aku ingin terus berusaha supaya dapat berjuang di samping rakan-rakanku hingga ke garisan penamat.

Semester kedua bermula dengan semangat baru. Azam baru. Tapi nasib seolah-olah tidak memihak padaku. Semuanya bermula dengan baik sehinggalah aku dilanda pelbagai masalah. Sekali lagi aku hampir berputus asa kerana kurasakan di sini bukan tempatku. Namun, ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Aku bertemu dengan rakan-rakan yang memahami aku. Siang malam menemaniku di saat senang mahupun susah. Nasihat dan dorongan diberikan. Mereka menjadi sumber kekuatanku di sini. Mereka umpama satu anugerah yang tiada gantinya. Kerana mereka aku bangun semula. Walaupun keputusan peperiksaan semester 2 aku tidaklah begitu cemerlang, namun aku bersyukur. Ada sesuatu yang lebih bernilai aku peroleh, iaitu sahabat. Kini azamku lebih kuat. Aku berjanji pada diriku. Aku tidak akan pernah berputus asa. Meskipun beribu kali aku jatuh, aku pasti akan bangun semula.


Walaupun tahun pertama aku bergelar pelajar perubatan begitu sukar dan mencabar, namun aku telah belajar sesuatu yang sangat bermakna. 

07 February 2016

Another step in my life

Assalamualaikum..

Another step in my life... One semester is over. Another semester is coming. It was tough. No. It was very tough until it reach to a point that I thought I could not handle it anymore. Being a medical student is not something that I can be proud of but something that I should be worried of. The weight on my shoulder is too heavy. The responsibility I am holding is too big. I thought it was my ambition, my dream to be a doctor. But after a second. after all the hardship I went through, I had this kind of feeling, am I doing this only for the sake of my family, am I really into this? I lost myself. I dont even know myself anymore. I want to give up. But then I know, I cant. It was not that simple and it will never be that simple.

So, I keep telling myself to wake up and be yourself again. Even if you fall, just stand up again. You wont be at the top forever. I have good friends, good batchmates, good groupmates, and most of all I have good family. They will always support me and even if I fall they will always be there to hold my hand. Why should I give up? It was normal to lose confidence once a while. It was normal if you feel like giving up. But always tell yourself, never stop even after thousands of failure. Never stop until you get what you want. 

Being a medical student is hard at first, but everything getting smooth once you are blend to it. Study will always be hard my dear friends. It is you, yourself to decide either you want to get through it or not. And I decide to get through it and no one will stop me. 

01 July 2015

Aku Sebagai Pelajar Pasum


Assalamualaikum dan Salam Ramadhan.

Pejam celik pejam celik 2 bulan lagi degree. Dua bulan lagi nak goyang kaki kat rumah. Adik-adik SPM 2014 pon rata-rata dah sambung belajar kan. Tahniah ye kat mana pon awak berada. Maka aku sebagai pelajar Pasum sekali lagi ingin menulis mengenai ceritaku di Pasum. Tapi entry kali ni lebih berkisar tentang diri aku sendiri dan pengurusan masa aku sepanjang berada di Pasum.

Kebanyakan adik-adik tau kan bila dah start matrik, diploma dan asasi, waktu kelas dah tak sama macam zaman sekolah. Kelas start pukul 8 pagi dan berakhir pukul 5 ptg. Penat? Jujur sangat memenatkan. Tapi lama-lama dah menjadi kebiasaan. Sibuk, banyak kerja perkara biasa jadi jgn banyak merungut ye sbb semua org lalui kesibukan yg sama. Bukan adik sorang je rasa tak cukup masa. Yang penting jangan sampai give up.

Aku sendiri kadang-kadang malas nak merunsingkan diri dengan kesibukan dan lambakan kerja yang tak siap-siap. Tutorial, lab report, study, semua tu aku buat je semampu aku. Kalau tak siap pasrah je tp so far tak pernah la masuk kelas kerja tak siap. Kalau terdesak sgt kawan-kawan kan ada. ( faham-faham sendiri ye, saya tak ajar awak meniru. oppps )

Kadang-kadang aku tak faham dgn sesetengah org yang over study. Setiap masa kat bilik study. Malam tido lewat, pagi bangun awal. Aku respect weh. Aku baca buku 5 minit pon tak boleh duduk diam dah, tak kira la exam ke test ke. haha. Sebab aku ni jenis malas nak runsingkan otak. Pendek kata aku belajar sebab suka bukan sbb nak exam. ( jgn ikut perangai saya nanti awak fail exam )

Setiap pagi aku bangun pukul 6 solat kejap lepas tu tido balik. Mengantok weh. Lepas tu pukul 7 baru bangun. Kadang-kadang terbabas la jugak pukul 7.30. Lagi lambat kelas aku, lagi lama la aku terbabas. Kadang-kadang risau jugak kalau roommate semua kelas awal tinggal aku sorang. Aku ni tak mcm roommate aku cepat bersiap. Nak masuk mandi pon pusing satu bilik 10 minit baru mandi. Dah jadi tabiat kat Kuaz. Pagi-pagi memang terkejar la pergi kelas lagi-lagi kalau tutorial. Biasa jalan 15 minit, aku boleh lari 5 minit ja. Maklumlah adrenaline dah meningkat cuak weh kalau lambat pergi kelas. Kalau bangun awal boleh la aku breakfast dulu. Kalau tak jawabnya tunggu pukul 5 petang la. Biasanya lunch aku jarang makan. Satu malas, satu lagi nanti kena berebut nak Zohor.

Balik pukul 5 petang, masa tu la 3 in 1. Breakfast, lunch dan dinner semua satu paket. Jadi malam aku tak makan dah. Pukul 6 ke 6.30 ptg aku balik bilik solat kejap. Kalau aku rasa nak makan lama, aku solat dulu kat Pasum. Lepas Asar, jarang aku tak terlelap. Sambil main fon pon aku boleh tertido. Jujur aku ckp sedap sgt tido kadang-kadang maghrib pon pukul 8. Tapi aku baik sikit lepas Maghrib aku terus tunggu Isyak. Sbb kalau tak nanti aku Isyak pukul 12 malam tak pon pukul 4, 5 pagi. Org ingat aku bangun Tahajud padahal aku bangun Isyak. ( burok perangai saya jgn ikut ye ) Lepas maghrib aku mengaji sehelai dua muka surat lepas tu aku main fon sementara tunggu Isyak. Kalau tak masuk waktu lagi aku kemas-kemas beg dan buku dulu. Lepas Isyak baru aku mula study buat tutorial semua sampai pukul 12. Kerja siap ke tak pukul 12 aku stop. Limit aku sampai situ ja. Main fon kejap lepas tu aku tido. Kalau kerja tak siap aku bangun pukul 5 ke 5.30 pagi buat kerja. Tapi bertuahlah kalau Wani bangun awal. haha. Kot ada yg tanya bila aku iron baju, jawapannya aku tak iron baju. Nak pergi kelas je, lagipon baju aku iron ke tak sama ja.

Kalau weekend, masa aku fleksibel sikit. Ikut suka aku nak bangun pukul berapa, nak makan pukul berapa, nak buat apa. Jarang aku study weekend sbb bagi aku weekend mmg waktu untuk aku rehat, basuh baju, kemas loker, tgk movie ke. Kadang-kadang kalau ada mood aku keluar la. Tapi jarang aku keluar. Kalau terdesak sgt nak beli barang, 30 minit je aku keluar. haha. Kalau ada mood pulak, nak keluar makan je sampai 3 jam aku keluar.

Bila waktu exam, nak cari aku pergi main library. Sampai malam aku lepak library. Tapi macam biasa setiap 10 minit aku tukar subjek study. Sbb aku cepat boring study benda sama lama-lama. Lepas tu mula la aku kacau org. ( ni lagi satu perangai burok saya, jgn ikut ye ) Tapi yang peliknya, minggu exam boleh pulak aku bangun awal. Agaknya kena hari-hari exam baru aku bangun awal kot. Aku jenis yg santai bila belajar. Jarang aku serabut masa study exam. Aku serabut memikirkan result exam je.

Konklusinya adik-adik semua, disiplinkan diri tak kira la kat mana pon awak study. Dan jangan mudah serabut dalam study. Rilek je. Jangan mudah give up ye.

p/s : nasib baik roommate aku semua budak 4flat, baru gigih aku study