13 December 2013

another chance

Give me some sunshine, give me some rain,
give me another chance, I'll grow up once again


















Dek kerana terlalu bersenang-lenang tak ada kerja nak buat, I watch television 2 days ago and I learn something. Everyone deserves for a second chance. Setiap manusia yang dilahirkan di muka bumi tak ada yang sempurna. Setiap seorang ada cacat celanya. Tahulah kita bahawa setiap peluang kedua yang kita berikan kepada seseorang mampu memberi harapan dan kehidupan yang lebih baik kepadanya. Malangnya tak ramai yang sudi beri peluang kedua pada orang lain. Lebih-lebih lagi orang yang khianati kita adalah orang yang sangat kita percaya. Betul kata orang, luka boleh sembuh tapi parut tetap kekal. But sometimes the scar left just to remind you that human is not always perfect. Jangan pandang parut yang ada pada diri kita because sometimes tanpa kita sedar kita juga mungkin telah meninggalkan parut pada orang lain. Bagaimana kita selalu inginkan peluang kedua atas setiap kesalahan yang kita lakukan, begitu juga kita perlu berikan peluang kedua pada insan yang memerlukannya.

pulau pinang

7.12.2013. Abah bawa kami sekeluarga pergi Penang. Jalan-jalan, release stress tempat kerja, makan. It just a short trip but meaningful to each of us. Bukan selalu dapat spend time dengan family. Kalau dekat rumah, sorang kat dapur, sorang tengok tv, sorang main, sorang dalam bilik. Walaupun di bawah bumbung yang sama tp masing-masing buat kerja sendiri je. Weekend je lah kita orang boleh together-gather kn.. Before Abah ambil cuti panjang, he just bring anywhere dia nak bawak. Sebelum kitorang gi Penang, kami pergi Kuala Gula. Bajet nk tengok burung konon. lastlast pergi, sampai pastu makan, solat, then balik. Kelakar pun ada jugak.. Btw, siapa-siapa yg rasa nk pergi Penang sekadar nk menghabiskan masa yang terluang, this is my suggestion : Muzium Negeri, Toy Museum, Batu Feringgi, Masjid Terapung, Padang Kota.

Batu Feringgi

Toy Museum

My Beloved Family

Kuala Gula ( tersesat satu gambar )

03 December 2013

freedom

Assalamualaikum. Hola. SPM is over now. Entahlah, seronok ke sedih. Seronok tak perlu dengar cg membebel, tak kena buat homework tapi sedih tak boleh gila-gila dengan kengkawan tak boleh bising sana sini ronda sekolah. Hikhik.. Seriously, Im going to miss those members sooooo much.. Dulu masa kecik-kecik, berpisah dengan kawan pun tak kisah tak ambil peduli langsung. Sekarang bila nak kena berpisah, berat pulak hati. Tapi what to do, inilah lumrah hidup, setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Sementara nak tunggu result ni, macam-macam plan dah buat. Lesen driving, holiday dengan family, ajak kengkawan datang rumah and of course P.L.K.N. Huh macam mana boleh dapat pun tak tahu. Dulu orang kata kononnya kalau kat sk aktif tak kena gi PLKN, tp aku pergi sampai kebangsaan, masuk competition antarabangsa kena pergi jugak. Nak kata happy pon tak, nak kata sedih sangat pun tak. Dah rezeki dapat, okey jah.. Boleh jumpa kawan-kawan baru, buat aktiviti lasak. Seronok mungkin ??





















Trust me, Im going to miss you guys. Dua tahun jadi classmates, seronok sangat sangat. Masa first day masuk kelas 4SC3, sedih pun ada sebab terpaksa berpisah dengan classmates lama, and takut tak boleh masuk dengan 4SC3. Tapi lama-lama dah sayang dengan kawan dari 4SC3. Thanks korang semua sudi kawanku. Ingat-ingat aku selalu dalam doa korang okey! To my friends, Farah, Amira, Fyzz, Naz, Mimi, Hafizah, Mirrah, Syuhada, Kikie and of course member sebelah, Hanis, good luck dalam hidup korang akan datang. Jangan lupa aku. Nanti kalau korang dah femes, jangan lupa sebut nama aku okey. Hihihi. Thanks sekali lagi sampai saat-saat akhir lagi satu saat nak masuk dewan exam pun masih sudi kongsi ilmu dengan aku. Aku doakan kita semua berjaya dunia akhirat. Amin.

p/s : Korang antara memori terindah dalam hidup aku

10 October 2013

around the corner

SPM is around the corner dear. 27 days to-go. I am not sure either I'm well prepared or not, but I will always put my greatest effort to gain the best result. As my trial is quite good, of course I will do much more better for SPM. To my teachers, thank you so much for pouring me with a lot of knowledge. I just don't know how to repay you guys. With a lot of patient and kindness, you act as father, mother, teacher, counsellor and friends. Really appreciate it. Any how, I'm going to miss everyone and everything at Badlishah. Proud to be a Badlishans. 

As for my friends, do your best. Make our school, teachers and parents proud of us. I'm so sorry if I had make mistakes with or without any intentions. Good luck from me, and let us go through all this with a big smile. Hihihi.. =) Hopefully, one day together we achieve what we want and wish for.

05 August 2013

salam aidilfitri dan salam trial

Assalamualaikum. MasyaAllah dah 27 hari kita puasa. Aku sibuk sangat tahun ni sampai tak sempat nak post apa-apa pon. Blog ni pon dh berhabuk. Kesempatan ni, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan tak lambat lagi kot rasanya nak ucap Selamat Berpuasa. hikhik. Kepada kaum kerabat dan sahabat handai, sepuluh jari ku susun mohon maaf andai ada terkasar bahasa tersalah bicara tersilap langkah. Mohon dimaafkan segala kesilapan dan kekhilafan yang lalu. Moga Ramadhan tahun ini membawa sinar baru kepada kita semua. yeay tahun dapat kad raya kot. thanks kawan. 























To all SPM candidates, terutamanya Badlishans, good luck untuk trial yang bakal menjelang tiba pada hari first buka sekolah. Sambil makan ketupat lemang tu, buku baca la jugak. Yang mana tak siap project add math tu, buat sampai siap kalau tak nak kena potong markah. Semoga sama-sama kita mencapai kejayaan. Kepada sahabat seperjuanganku, semoga usaha kita selama setahun tujuh bulan ni membuahkan hasil. Trial ni akan membantu kita untuk apply scholarship okay. GOOD LUCK!



29 March 2013

menyepi dalam mimpi

Aku yakin dan pasti korang semua mesti suka berangan. So do I.. Ketika berangan 1001 persoalan muncul di minda. Ada yang boleh dijawab walaupun tak dapat markah penuh, tapi lebih banyak yang sukar difahami. Sepanjang 3 bulan masa berlalu dalam tahun ni, baru aku sedar hakikat sebenar hidup ni. Bukan mudah seperti yang disangkakan. Terlalu banyak dugaan yang mendatang. Hanya insan2 yang cekal dan sabar sahaja yang mampu melalui arus2 tu dengan senyuman. 

Hanya sekadar berkongsi, aku harap dapat menjadi bunga matahari, walaupun tidak wangi dan kurang digemari manusia2 di luar sana, namun bunga tersebut sentiasa berwajah ceria dan tak pernah suram. Sedar atau tidak perkara kita tak suka tu sebenarnya membawa 1000 kebaikan. Helo, kalau takda bunga matahari macam mana korang nak enjoy makan kuaci sambil tengok bola. Cuba korang bagi tau sikit.

Aku ni bukanlah pandai sangat nak bagi nasihat, tapi pengalaman dalam hidup ni sebenarnya yang banyak mengajar kita erti kehidupan. Hidup ni sangatlah rugi jika diisi dengan hal2 yang tak bermanfaat. Bukan nak tunjuk pandai, tapi pengalaman lepas banyak membantu aku untuk buat keputusan  yang lebih matang. So, dalam hidup jangan cepat putus asa. >_<