29 March 2013

menyepi dalam mimpi

Aku yakin dan pasti korang semua mesti suka berangan. So do I.. Ketika berangan 1001 persoalan muncul di minda. Ada yang boleh dijawab walaupun tak dapat markah penuh, tapi lebih banyak yang sukar difahami. Sepanjang 3 bulan masa berlalu dalam tahun ni, baru aku sedar hakikat sebenar hidup ni. Bukan mudah seperti yang disangkakan. Terlalu banyak dugaan yang mendatang. Hanya insan2 yang cekal dan sabar sahaja yang mampu melalui arus2 tu dengan senyuman. 

Hanya sekadar berkongsi, aku harap dapat menjadi bunga matahari, walaupun tidak wangi dan kurang digemari manusia2 di luar sana, namun bunga tersebut sentiasa berwajah ceria dan tak pernah suram. Sedar atau tidak perkara kita tak suka tu sebenarnya membawa 1000 kebaikan. Helo, kalau takda bunga matahari macam mana korang nak enjoy makan kuaci sambil tengok bola. Cuba korang bagi tau sikit.

Aku ni bukanlah pandai sangat nak bagi nasihat, tapi pengalaman dalam hidup ni sebenarnya yang banyak mengajar kita erti kehidupan. Hidup ni sangatlah rugi jika diisi dengan hal2 yang tak bermanfaat. Bukan nak tunjuk pandai, tapi pengalaman lepas banyak membantu aku untuk buat keputusan  yang lebih matang. So, dalam hidup jangan cepat putus asa. >_<