01 July 2015

aku sebagai pelajar Pasum

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan.

Pejam celik pejam celik 2 bulan lagi degree. Dua bulan lagi nak goyang kaki kat rumah. Adik-adik SPM 2014 pon rata-rata dah sambung belajar kan. Tahniah ye kat mana pon awak berada. Maka aku sebagai pelajar Pasum sekali lagi ingin menulis mengenai ceritaku di Pasum. Tapi entry kali ni lebih berkisar tentang diri aku sendiri dan pengurusan masa aku sepanjang berada di Pasum.

Kebanyakan adik-adik tau kan bila dah start matrik, diploma dan asasi, waktu kelas dah tak sama macam zaman sekolah. Kelas start pukul 8 pagi dan berakhir pukul 5 ptg. Penat? Jujur sangat memenatkan. Tapi lama-lama dah menjadi kebiasaan. Sibuk, banyak kerja perkara biasa jadi jgn banyak merungut ye sbb semua org lalui kesibukan yg sama. Bukan adik sorang je rasa tak cukup masa. Yang penting jangan sampai give up.

Aku sendiri kadang-kadang malas nak merunsingkan diri dengan kesibukan dan lambakan kerja yang tak siap-siap. Tutorial, lab report, study, semua tu aku buat je semampu aku. Kalau tak siap pasrah je tp so far tak pernah la masuk kelas kerja tak siap. Kalau terdesak sgt kawan-kawan kan ada. (faham-faham sendiri ye, saya tak ajar awak meniru. oppps)

Kadang-kadang aku tak faham dgn sesetengah org yang over study. Setiap masa kat bilik study. Malam tido lewat, pagi bangun awal. Aku respect weh. Aku baca buku 5 minit pon tak boleh duduk diam dah, tak kira la exam ke test ke. haha. Sebab aku ni jenis malas nak runsingkan otak. Pendek kata aku belajar sebab suka bukan sbb nak exam. (jgn ikut perangai saya nanti awak fail exam)

Setiap pagi aku bangun pukul 6 solat kejap lepas tu tido balik. Mengantok weh. Lepas tu pukul 7 baru bangun. Kadang-kadang terbabas la jugak pukul 7.30. Lagi lambat kelas aku, lagi lama la aku terbabas. Kadang-kadang risau jugak kalau roommate semua kelas awal tinggal aku sorang. Aku ni tak mcm roommate aku cepat bersiap. Nak masuk mandi pon pusing satu bilik 10 minit baru mandi. Dah jadi tabiat kat Kuaz. Pagi-pagi memang terkejar la pergi kelas lagi-lagi kalau tutorial. Biasa jalan 15 minit, aku boleh lari 5 minit ja. Maklumlah adrenaline dah meningkat cuak weh kalau lambat pergi kelas. Kalau bangun awal boleh la aku breakfast dulu. Kalau tak jawabnya tunggu pukul 5 petang la. Biasanya lunch aku jarang makan. Satu malas, satu lagi nanti kena berebut nak Zohor.

Balik pukul 5 petang, masa tu la 3 in 1. Breakfast, lunch dan dinner semua satu paket. Jadi malam aku tak makan dah. Pukul 6 ke 6.30 ptg aku balik bilik solat kejap. Kalau aku rasa nak makan lama, aku solat dulu kat Pasum. Lepas Asar, jarang aku tak terlelap. Sambil main fon pon aku boleh tertido. Jujur aku ckp sedap sgt tido kadang-kadang maghrib pon pukul 8. Tapi aku baik sikit lepas Maghrib aku terus tunggu Isyak. Sbb kalau tak nanti aku Isyak pukul 12 malam tak pon pukul 4, 5 pagi. Org ingat aku bangun Tahajud padahal aku bangun Isyak. ( burok perangai saya jgn ikut ye ) Lepas maghrib aku mengaji sehelai dua muka surat lepas tu aku main fon sementara tunggu Isyak. Kalau tak masuk waktu lagi aku kemas-kemas beg dan buku dulu. Lepas Isyak baru aku mula study buat tutorial semua sampai pukul 12. Kerja siap ke tak pukul 12 aku stop. Limit aku sampai situ ja. Main fon kejap lepas tu aku tido. Kalau kerja tak siap aku bangun pukul 5 ke 5.30 pagi buat kerja. Tapi bertuahlah kalau Wani bangun awal. haha. Kot ada yg tanya bila aku iron baju, jawapannya aku tak iron baju. Nak pergi kelas je, lagipon baju aku iron ke tak sama ja.

Kalau weekend, masa aku fleksibel sikit. Ikut suka aku nak bangun pukul berapa, nak makan pukul berapa, nak buat apa. Jarang aku study weekend sbb bagi aku weekend mmg waktu untuk aku rehat, basuh baju, kemas loker, tgk movie ke. Kadang-kadang kalau ada mood aku keluar la. Tapi jarang aku keluar. Kalau terdesak sgt nak beli barang, 30 minit je aku keluar. haha. Kalau ada mood pulak, nak keluar makan je sampai 3 jam aku keluar.

Bila waktu exam, nak cari aku pergi main library. Sampai malam aku lepak library. Tapi macam biasa setiap 10 minit aku tukar subjek study. Sbb aku cepat boring study benda sama lama-lama. Lepas tu mula la aku kacau org. (ni lagi satu perangai burok saya, jgn ikut ye) Tapi yang peliknya, minggu exam boleh pulak aku bangun awal. Agaknya kena hari-hari exam baru aku bangun awal kot. Aku jenis yg santai bila belajar. Jarang aku serabut masa study exam. Aku serabut memikirkan result exam je.

Konklusinya adik-adik semua, disiplinkan diri tak kira la kat mana pon awak study. Dan jangan mudah serabut dalam study. Rilek je. Jangan mudah give up ye.

p/s : nasib baik roommate aku semua budak 4flat, baru gigih aku study

23 April 2015

Pusat Asasi Sains Universiti Malaya, PASUM

Assalamualaikum...

Rasanya dah lama aku tak menulis. 10 bulan di asasi kehidupan aku sangat sibuk. Bermula dengan rutin pagi hingga ke petang sambung pulak ke malam hingga kadang2 tak cukup tido. Dah habis asasi ni santai la sikit kehidupan aku. Maklumlah 4 bulan cuti sebelum mula degree. So let me start. Aku, seorang gadis biasa menerima tawaran ke Pasum. Hari pertama menjejakkan kaki di Kolej Kediaman Ke-12 ibarat budak baru masuk sekolah. Hampir kesemuanya suasana baru untuk aku. Menerima tawaran Asasi Sains Hayat, aku mulakan kehidupan aku sebagai pelajar buat pertama kali tanpa kehadiran keluarga di sisi. Tak dinafikan kehidupan di sini agak bebas, tapi untuk aku yg boleh dikatakan jarang keluar rumah, aku agak kekok untuk menyesuaikan diri pada mulanya. 

Hampir 2 bulan di KK12 aku diminta untuk pindah ke KK11 yang menempatkan semua pelajar asasi di bawah satu bumbung. Berada di sekeliling rakan2 asasi, kehidupan aku boleh dikatakan hampir serupa seperti di asrama. Walaupun ketika berada di KK12 lebih selesa, tapi jujur aku lebih senang berada di KK11 kerana lebih bersosial dgn rakan2 dek bertemu hampir setiap masa. 

Kehidupan sebagai pelajar di universiti yg aku sangka bosan meleset sama sekali. Ternyata pelbagai aktiviti dihidangkan kepada kami. Tahniah kepada JTK Kolej. Banyak suka dan duka sepanjang berada di sini. Sibuk tu tak perlu kot nak dinyatakan. Penat letih gembira semua hadir membuatkan aku terus bertahan. Berada di samping roommates yg tersayang membuat kehidupan aku di Pasum lebih ceria. Disebabkan aku ditempatkan di 2 kumpulan yg berbeza ketika di Semester 1 dan 2, menambahkan lagi kenalan aku di Pasum. 

Exam. Jujur aku katakan, aku bukanlah pelajar yg sering mengulangkaji pelajaran. Cukup bagi aku sekadar fokus di lecture, siapkan tutorial dan buat yg terbaik bila ada test. Mid sem dan final sapa je tak takut. Result aku tkde la gempak tapi sesuai la dengan usaha aku. Lepas la dengan kos yg aku nak. Tapi pesan aku, jangan pernah biarkan hari2 di Pasum berlalu tanpa belajar. Bila final baru kau rasa sengsara. Life in Pasum was awesome. I am going to miss every single person that I met in Pasum.

DKU 

Minggu Haluan Siswa

KK12

KK12

Dari puncak Bukit Simen

Bukit Simen

Auditorium

Malam Emas




Meja Study KK11


Locker KK11

Awesome Roommates Part 2

Awesome Roommates Part 3

Hijabista Minggu Festival Islam

Malam Emas

KK12

KK12

Labmate

ZH2 Semester 1

ZH2

Jogathon

XH1 Semester 2

XH1

Lab Biology


Awesome Classmates

Malam Restu Ilmu

Universiti Malaya