24 March 2014

kenangan di PLKN KLSN (part I)

Assalamualaikum..
Dah seminggu aku balik dari Kem PLKN Lagenda Seri Negeri, Langkawi. Ya Allah, berat hati nak tinggalkan cikgu2, kwn2, kem dan Langkawi. Masa mula2 sampai mmg takda feeling langsung tp bila nak balik hati meronta-ronta taknak balik. Semua pengalaman aku kat kem kata cikgu sekali tu ja kita rasa tak boleh nak dpt kat tempat lain dh. And Im going to use all that to lead a better lifestyle. In Syaa Allah.. Aku rasa lucky dpt kem Langkawi. Mcm bercuti pun ada gak.. Hehe..

Jadual harian di KLSN secara rambang okeyy.. Tak semestinya sama..
5:30 - BANGUN
6:00 - SUBUH
6:30 - PT PAGI
7:30 - SARAPAN
8:30 - BARIS
9:00 - KELAS
10:30 - MINUM PAGI
11:00 - KELAS
12:30 - MAKAN TENGAHARI
13:30 - ZOHOR
14:20 - BARIS
14:30 - KELAS / MODUL FIZIKAL
16:30 -MINUM PETANG 
17:00 - ASAR
17:20 - BARIS
17:30 - RIADAH / BUMI HIJAU
18:30 - MAKAN MALAM
19:10 - BARIS
19:30 - MAGHRIB
22:00 - MINUM MALAM
22:30 - BARIS
23:30 - LIGHT OFF

Kalau Jumaat dan Sabtu takda ceramah, pentadbiran sendiri. Mula2 mmg mcm susah nk sesuaikan diri. Asyik2 baris, tp bila dh seminggu dua tu dh biasa. Setiap waktu solat mesti jemaah kalau taknak solat kat padang kawad atau full celoreng waktu Maghrib. Thanks tu ustaz2, kami semua berpeluang belajar Qasidah kat sini.

Antara aktiviti di KLSN..


Aktiviti air di Hotel Panorama

Emcee untuk Program Penghayatan Sastera dan Budaya

Ceramah Anti-Dadah

Pilihanraya KLSN

Latihan Pertandingan Semarak Semangat Patriotisme

Kelas Integrasi 2

Malam Jasamu Dikenang

AJK Makanan Khidmat Komuniti


Rindunya aku pada semua warga KLSN terutamanya Unit Medic. Rasanya aku pelatih yg paling byk tanya pada unit medic. Sampai boleh kata rapat dgn koperal, MA - Encik Firdaus dan Encik Azmi dan semua kat medic lah. Kenangan first time drip air kat KLSN. Thanks sangat pd semua yg rawat aku bila sakit terutamanya Encik Azmi.. Pada mentor aku, Cikgu Saiful dan Cikgu Mai terima kasih atas setiap nasihat dan sokongan yg diberikan. Bagi aku kenangan di KLSN merupakan kenangan yg sgt berharga dan terindah dalam hidup aku.. Rindu semua orang kat KLSN. Lastly, thanks semua celebrate birthday aku kat kem.. Thank you, thank you and thank you... Miss you..

04 January 2014

PLKN

Assalamualaikum. Less than 24 hours, aku akan mendaftar untuk mengikuti PLKN. Idk sama ada ni benda gembira ke sedih, bercampur baur dah perasaan nih. Mungkin  satu pengalaman yang baru untuk aku. Alhamdulillah walaupun timing macam tak kena, tp bersyukur sesangat dapat kump 1. Kengkawan yg dapat 2nd or 3rd batch mesti frust kn? Nak buat semua benda tak sempat. Eg, research uni, research scholarships, lesen, spend dengan kengkawan, tengok adik2 yg terpaksa bertungkus lumus siapkan homework. hahahah. 

Kepada kawan kawan yang sangat caring tak putus putus cakap good luck dan suruh jaga diri, thank you so much. Nanti kalau ada masa kita jumpa ye. Dah habis program nanti, I will make you feel jealous of me baru tau. hikhikhik.

Alang alang menyelop pekasam biar sampai ke lengan. Tahun baru azam baru. Azam 2013 90% dah tercapai. Azam 2014 nak jadi orang yg lebih penyabar dan tak mudah salah sangka dengan orang. Moga moga tercapai lah ye.

HIGHLIGHTS OF THE YEAR
1. Naib johan pantun daerah
2. Naib johan kawad kaki negeri
3. Ke-3 Hari Puteri kebangsaan
4. Gila gila dengan le' Girls of sc3
5. Dah friendly sikit dengan Badlishans
6. Buat pertama kali straight As' trial and A biology in trial. usaha tangga kejayaan kn?
7. Officially ex-secondary student now

Semoga tahun 2014 lebih baik dari 2013. Azam baru, permulaan bab yang baru. 

13 December 2013

another chance

Give me some sunshine, give me some rain,
give me another chance, I'll grow up once again


















Dek kerana terlalu bersenang-lenang tak ada kerja nak buat, I watch television 2 days ago and I learn something. Everyone deserves for a second chance. Setiap manusia yang dilahirkan di muka bumi tak ada yang sempurna. Setiap seorang ada cacat celanya. Tahulah kita bahawa setiap peluang kedua yang kita berikan kepada seseorang mampu memberi harapan dan kehidupan yang lebih baik kepadanya. Malangnya tak ramai yang sudi beri peluang kedua pada orang lain. Lebih-lebih lagi orang yang khianati kita adalah orang yang sangat kita percaya. Betul kata orang, luka boleh sembuh tapi parut tetap kekal. But sometimes the scar left just to remind you that human is not always perfect. Jangan pandang parut yang ada pada diri kita because sometimes tanpa kita sedar kita juga mungkin telah meninggalkan parut pada orang lain. Bagaimana kita selalu inginkan peluang kedua atas setiap kesalahan yang kita lakukan, begitu juga kita perlu berikan peluang kedua pada insan yang memerlukannya.

pulau pinang

7.12.2013. Abah bawa kami sekeluarga pergi Penang. Jalan-jalan, release stress tempat kerja, makan. It just a short trip but meaningful to each of us. Bukan selalu dapat spend time dengan family. Kalau dekat rumah, sorang kat dapur, sorang tengok tv, sorang main, sorang dalam bilik. Walaupun di bawah bumbung yang sama tp masing-masing buat kerja sendiri je. Weekend je lah kita orang boleh together-gather kn.. Before Abah ambil cuti panjang, he just bring anywhere dia nak bawak. Sebelum kitorang gi Penang, kami pergi Kuala Gula. Bajet nk tengok burung konon. lastlast pergi, sampai pastu makan, solat, then balik. Kelakar pun ada jugak.. Btw, siapa-siapa yg rasa nk pergi Penang sekadar nk menghabiskan masa yang terluang, this is my suggestion : Muzium Negeri, Toy Museum, Batu Feringgi, Masjid Terapung, Padang Kota.

Batu Feringgi

Toy Museum

My Beloved Family

Kuala Gula ( tersesat satu gambar )

03 December 2013

freedom

Assalamualaikum. Hola. SPM is over now. Entahlah, seronok ke sedih. Seronok tak perlu dengar cg membebel, tak kena buat homework tapi sedih tak boleh gila-gila dengan kengkawan tak boleh bising sana sini ronda sekolah. Hikhik.. Seriously, Im going to miss those members sooooo much.. Dulu masa kecik-kecik, berpisah dengan kawan pun tak kisah tak ambil peduli langsung. Sekarang bila nak kena berpisah, berat pulak hati. Tapi what to do, inilah lumrah hidup, setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Sementara nak tunggu result ni, macam-macam plan dah buat. Lesen driving, holiday dengan family, ajak kengkawan datang rumah and of course P.L.K.N. Huh macam mana boleh dapat pun tak tahu. Dulu orang kata kononnya kalau kat sk aktif tak kena gi PLKN, tp aku pergi sampai kebangsaan, masuk competition antarabangsa kena pergi jugak. Nak kata happy pon tak, nak kata sedih sangat pun tak. Dah rezeki dapat, okey jah.. Boleh jumpa kawan-kawan baru, buat aktiviti lasak. Seronok mungkin ??





















Trust me, Im going to miss you guys. Dua tahun jadi classmates, seronok sangat sangat. Masa first day masuk kelas 4SC3, sedih pun ada sebab terpaksa berpisah dengan classmates lama, and takut tak boleh masuk dengan 4SC3. Tapi lama-lama dah sayang dengan kawan dari 4SC3. Thanks korang semua sudi kawanku. Ingat-ingat aku selalu dalam doa korang okey! To my friends, Farah, Amira, Fyzz, Naz, Mimi, Hafizah, Mirrah, Syuhada, Kikie and of course member sebelah, Hanis, good luck dalam hidup korang akan datang. Jangan lupa aku. Nanti kalau korang dah femes, jangan lupa sebut nama aku okey. Hihihi. Thanks sekali lagi sampai saat-saat akhir lagi satu saat nak masuk dewan exam pun masih sudi kongsi ilmu dengan aku. Aku doakan kita semua berjaya dunia akhirat. Amin.

p/s : Korang antara memori terindah dalam hidup aku