Apabila bermain buaian, terasa bagai dunia ini kita yang punya.
Namun di sebalik kegembiraan itu, ada yang berada dalam kesusahan di luar sana.
Ketika seorang anak yang merungut pada ibu bapanya kerana tidat memenuhi kehendak mereka,
ketika itu ada anak yang sedang bekerja untuk membantu keluarganya.
Sedarkah kita akan kesalahan yang kita lakukan selama ini.
Bersyukurlah atas apa yang dimiliki.
Jangan dipandang mereka yang berada di atas kita kerana itulah rezeki yang telah ditetapkan kepada mereka.
Tetapi pandanglah mereka yang berada di bawah kita.
Ingatlah:
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
No comments:
Post a Comment