28 December 2012

seoul, korea: day 1

Assalamualaikum.. 17 Disember - 21 Disember hari tu aku pergi vacation di Seoul, Korea dengan my sista and untie. Ya, just 3 of us.. First day tu a bit kelam kabut jugak. Flight 8.50 pagi. Pukul 7.30 dah kena ada. Bayangkan dari Selayang ke LCCT.. Jauh kot.. Tu pon keluar 6.15 pagi. Sampai Incheon Airport lebih kurang 4.50 waktu Korea. Journey lebih kurang 7 hours. Dalam flight memang boring kot. Tak tau nak buat apa..


Sampai sana. solat dulu kat tepi staff room.. Alhamdulillah tak de la pulak kena halau dgn batang penyapu.. Pesan aku kalau di Korea bawak botol ke mana je uolls pergi.. Nak tau kenapa.. pergi la sana sendiri.. For this trip, kitorang stay di Namsan Guest House. Dekat sana, budget hotel pon sangat bersih dan selesa. Kalau Malaysia, tak tau nak cakap apa. Bilik tu tak de la besar sangat, cukup la utk kita 3 org. 


Since sekarang ni musim winter. Maghrib awal.. Lebih kurang 5.30.. So kitorang solat dulu sebelum keluar... Malam tu tak pergi jauh pon.. Jalan pergi Myeong-dong je.. Myeong-dong tu betul-betul opposite Namsan Guest House. 5 minit je jalan.. Malam tu shopping winter coat jer. Masa dekat Malaysia tak beli sangat sebab org kata beli dekat sini murah. Boleh tahan murah la. Iye la mata wang Korea kan tinggi. (1000 won = RM 3). Dekat Myeong-dong tu facial shop apa yang korang nak cari? Semua ada.. Bukan satu,, tp berpuluh-puluh.. Jangan terkejut tp hrga barang-barang facial dekat sana half harga dekat Malaysia. Contoh: The Face Shop, Body Shop, Skin Food, Etude House.. Macam-macam lagi lah..



Kalau koramg rasa macam malas je nak lintas jalan ke Myeong-dong tu,, boleh je korang lalu through underground shop. Heater pon ada.. Takde la kesejukan sangat kan..


  

Tengok je lar baju kitorang pakai. Mau tak sejuk. Dah tu kitorang try nak jalan pergi Dongdaemun.. 30 minit berlalu, tak sampai-sampai gak. Rupanya, tempat tu jauh. Tak pasai2 kena marah dgn mak cik Korea tu.. Dia kata tempat tu jauh la.. Adush.. Letih jer kitorang jalan. Dah la sejuk menggedik.. Lebih sedih, dinner maggi ja.. Nasihat aku kalau nak ke Korea atau mana-mana negara orang korang kena buat itinerary korang secomplete-completenya.. baru masa korang tak terbuang camtu jer..