25 April 2014

shah alam - again, yeay !!

Assalamualaikum..

As promised, now I want to share with uolls about my travel to Shah Alam after having a good time in Johor Bahru. Ohsem. Since kitorang bertolak dari Johor Bahru dah lewat petang, so almost midnight baru sampai Shah Alam. We stayed at De Palma Hotel, Shah Alam. It may be just an ordinary hotel, tapi ok la untuk tidur. Cuma space dalam bilik kecil je. Cukup cukup ruang untuk sorang ja nak solat. Memang kena amik turn nak solat.

On the next day,,,

We decided to go to I-City. Plan yang pertama nak ke water theme park di situ, tapi tiba tiba hujan pulak. So plan terpaksa ditukar serta merta. Jadi kitorang masuk Red Carpet Wax Museum. I wonder apa lah yg dh jadi dengan museum tu sekarang after 'the incident' .. hmmm..
























Then, kitorang masuk Trick Art Museum pulak. Masa kitorang pergi hari tuh, dia baru bukak sangat sangat so ada beberapa lukisan still in the making process. Walaupun tak sehebat museum di Korea but still a good job to Malaysia.





















After joking around for an hour in the museum, we had our lunch di restoran sekitar I-City. Banyak sangat kedai makan kat situ. Fast food ke slow food ke, apa apa jenis food pon ada. Choice in your hand uolls. hehe.. 

Pengembaraan kami bermula semula. Our next destination is 5D Cinema. Time kitorang pergi cerita tentang naik roller coster apa tah. Can't remember well. Tapi enjoy pasal cinema pertama aku pergi sit tinggi gila, and bila cerita dah start kerusi tu mula bergerak bagai nak rak macam korang naik roller coster lagi gempak dari kat Genting. Pastu dengan effect hujan la, salji la sampai adik aku nangis kot sebab takut. Strict warning, yang mana pregnant and ada heart problem tu takyah amik risiko masuk cinema ni erk. Tak cukup tinggi pun tak boleh tau. okey..

Kemudian buat pertama kali the whole famiy setuju untuk masuk House of Horror. Of course Abah di depan to lead us the way. Yang lawaknya kesian kot pekerja dalam tuh tak sempat nak gempar orang, dia dulu terkejut dengan Abah.

Setelah selesai penjelajahan di I-City, atas cadangan sahabat baik aku, kitorang ke GM Plaza. Tapi cakap awal awal nak ke sana silalah datang awal pagi sebab pukul 7 petang dah mula tutup. And percaya lah korang akan spend hours dekat situ sebab mall tu sangat lah besar dan macam macam jenis barang di jual. Tuala, cadar, manik, baju, jam, macam macam lah konklusinya. Dan semuanya di jual pada harga borong. Kebanyakan orang beli barang secara pukal pastu balik jual kat kawan kawan pulak. Tak gitu, baru untung kan.

Dalam perjalanan nak balik hotel, walaupun ada Mr.GPS tapi masih lagi boleh tersilap jalan, kitorang terjumpa Masjid Shah Alam. Ada hikmah tu sesat jalan. Lepas dah solat, memang rezeki kitorang malam tu ada bazaar dalam kawasan masjid tu. Mulalah beli macam macam makanan arab yang tak pernah tengok pon ada. Begitulah cerita perjalanan pada hari itu.

Keesokan harinya kami ke High 5 Bread Town. Nak ke sana ada 2 syarat utama. Yang pertama kena book dulu and yang kedua mesti dalam group lebih dari 10 orang. Alhamdulillah kebetulan masa kitorang buat book ada satu group student yang nak buat research untuk assignment datang so boleh join diorang walaupun family members aku tak sampai 10 pun. Rezeki Allah dah atur kena la bersyukur. Best tau Bread Town nih, siap dapat roti free lagi and kilang dia memang bersih gila. Kitorang boleh tengok macam mana roti High 5 disediakan from A to Z.




Untuk pengetahuan uolls travel nih memang sengaja diatur selama seminggu sehingga hari majlis resepsi sepupu aku di Selayang. Kitorang terus ke majlis resepsi pada pukul 12 pm sekaligus dapat lunch free kan. kehkehkeh..




















Pada pukul 4 petang, kitorang pon bertolak balik ke rumah dan tiba pada lewat malam. Home sweets home. Rindu pulak dengan rumah kan. Thank you kerana membaca perkongsian yang tak seberapa nih ye.

12 April 2014

johor bahru

Assalamualaikum..

Mungkin ini hanya sekadar kenangan yg lampau tapi tak salahkan kalau perkara yg indah itu dikongsi bersama. Cuti sekolah yg lepas sebaik sahaja habis SPM aku telah meluangkan masa bersama keluarga ke Johor Bahru dan Shah Alam. Post ni aku cerita pengalaman di JB dulu okey..

DAY 1 
Pagi2 dah bertolak sebab dari utara nak ke selatan lama kot. Bayangkan perjalanan dari 8 pagi hingga 6 petang. Sampai2 je terus check in Good Hope Hotel, Skudai.

  
Malam tu kami ke Galleria, JB untuk dinner then jalan2 di kawasan tu. JB sama je mcm KL waktu malam. Malam2 pun kereta still moving on the road.




DAY 2
Hari yang kedua it is time to have fun.. yeay.. So, kitorang pergi Legoland yg terletak di Nusajaya. Since kitorang pergi masa tengah buat promotion, jadi memang discount habis ah. Siap dapat extra ticket gi. Kalau nak discount beli online di sini










Alang2 dah ke Legoland tu singgah la Medini Mall. Memang banyak restoran kat sini. Medini Mall sebelah aje dengan Legoland. Makanan dari Eropah, Timur Tengah, Asia semua ada, Kalau nak makan fast food pun ada juga.


Malam tu kitorang jalan2 and dinner sekitar Danga Bay. Aku suggest Danga Bay lagi best kalau pergi malam, cantik sangat..



DAY 3
Pagi tu kitorang breakfast di Restoran Bumbu Asli sebab tak best la datang JB tapi tak try Laksa Johor yg paling sedap kat sini. 



Then, the ' must-visit ' place, Muzium Sultan Abu Bakar tempat yg perlu dilawati kalau dh sampai JB okey.



Kalau perlukan sebarang pertanyaan atau tourist guide, boleh la ke Johor Information Centre yg terletak berdekatan dengan Muzium Sultan Abu Bakar.



Selepas tu, kitorang ke Duty Free Zone di Jalan Stulang Laut. Semua benda yg jual dalam mall tu duty free. 

















Dah penat jalan merata mesti nak lunch kan. Apa kata kalau lunch di Restoran Singgah Selalu. Memang terbaik ah restoran dia. Sedap and service yg memuaskan hati.





  


Lepas makan, kitorang solat di Masjid Sultan Abu Bakar. Subhanallah, indah dan cantik binaan masjid tu.



Dah solat, shoot gambar semua, kitorang ke Bazar JB yg beroperasi mulai lewat petang sehingga tengah malam. Memang meriah ah tapi kena sabar sikit sebab memang susah nak cari parking tambah2 time cuti sekolah kan.



Kalau korang teringin sangat nak masuk shopping complex, ye la mana tau kot rindu nak indoor shopping ke apa boleh la singgah di Johor Bahru City Square.



Untuk dinner pulak kalau korang nak makan sesuatu yg berlainan boleh la ke Din BBQ Station di Nusa Bestari.



DAY 4
Hari yang ke-empat atau hari yg terakhir kami berada di JB kami telah ke Puteri Harbour Family Theme Park iaitu satu2nya indoor theme park di JB. Kalau korang dh ke Legoland sebelum ni dan masih simpan ticket boleh la tunjuk kat ticket counter di theme park tu untuk mendapatkan discount.













Perjalanan seterusnya adalah ke Johor Premium Outlets atau lebih dikenali sebagai JPO. Kat sini banyak butik2 untuk semua jenis barang branded yg diimport semestinya. Tapi semua tu boleh dapat dengan harga murah dari butik kat tempat lain. Murah2 pun tetap beratus beribu jugak lah. Nama pun barang branded kan. Kalau agak2 mcm nak makan, kat JPO ada food court jugak. Datang tau kot nak beli baju, handbag, kasut and many more branded stuff..








Akhirnya percutian ke JB berjaya mengukir senyuman di bibir semua orang tetapi semuanya tidak berakhir di sini sahaja. Percutian ini diteruskan pula ke Shah Alam pada malam tu juga, aku akan ceritakan memori aku di Shah Alam dalam post akan datang okey. Seperti biasa jika inginkan maklumat yg lebih lanjut silalah tanya Mr Google ye..