24 March 2014

kenangan di PLKN KLSN (part I)

Assalamualaikum..
Dah seminggu aku balik dari Kem PLKN Lagenda Seri Negeri, Langkawi. Ya Allah, berat hati nak tinggalkan cikgu2, kwn2, kem dan Langkawi. Masa mula2 sampai mmg takda feeling langsung tp bila nak balik hati meronta-ronta taknak balik. Semua pengalaman aku kat kem kata cikgu sekali tu ja kita rasa tak boleh nak dpt kat tempat lain dh. And Im going to use all that to lead a better lifestyle. In Syaa Allah.. Aku rasa lucky dpt kem Langkawi. Mcm bercuti pun ada gak.. Hehe..

Jadual harian di KLSN secara rambang okeyy.. Tak semestinya sama..
5:30 - BANGUN
6:00 - SUBUH
6:30 - PT PAGI
7:30 - SARAPAN
8:30 - BARIS
9:00 - KELAS
10:30 - MINUM PAGI
11:00 - KELAS
12:30 - MAKAN TENGAHARI
13:30 - ZOHOR
14:20 - BARIS
14:30 - KELAS / MODUL FIZIKAL
16:30 -MINUM PETANG 
17:00 - ASAR
17:20 - BARIS
17:30 - RIADAH / BUMI HIJAU
18:30 - MAKAN MALAM
19:10 - BARIS
19:30 - MAGHRIB
22:00 - MINUM MALAM
22:30 - BARIS
23:30 - LIGHT OFF

Kalau Jumaat dan Sabtu takda ceramah, pentadbiran sendiri. Mula2 mmg mcm susah nk sesuaikan diri. Asyik2 baris, tp bila dh seminggu dua tu dh biasa. Setiap waktu solat mesti jemaah kalau taknak solat kat padang kawad atau full celoreng waktu Maghrib. Thanks tu ustaz2, kami semua berpeluang belajar Qasidah kat sini.

Antara aktiviti di KLSN..


Aktiviti air di Hotel Panorama

Emcee untuk Program Penghayatan Sastera dan Budaya

Ceramah Anti-Dadah

Pilihanraya KLSN

Latihan Pertandingan Semarak Semangat Patriotisme

Kelas Integrasi 2

Malam Jasamu Dikenang

AJK Makanan Khidmat Komuniti


Rindunya aku pada semua warga KLSN terutamanya Unit Medic. Rasanya aku pelatih yg paling byk tanya pada unit medic. Sampai boleh kata rapat dgn koperal, MA - Encik Firdaus dan Encik Azmi dan semua kat medic lah. Kenangan first time drip air kat KLSN. Thanks sangat pd semua yg rawat aku bila sakit terutamanya Encik Azmi.. Pada mentor aku, Cikgu Saiful dan Cikgu Mai terima kasih atas setiap nasihat dan sokongan yg diberikan. Bagi aku kenangan di KLSN merupakan kenangan yg sgt berharga dan terindah dalam hidup aku.. Rindu semua orang kat KLSN. Lastly, thanks semua celebrate birthday aku kat kem.. Thank you, thank you and thank you... Miss you..

No comments:

Post a Comment