21 June 2014

kebaikan ke PLKN

Assalamualaikum.

PLKN? What? Taknak pergi, taknak taknak. Betul ke taknak? Pada 5 Jan 14 hingga 18 Mac 14, aku telah pergi PLKN Kem Lagenda Seri Negeri. Memang terbaik aku cakap kat kau. Sekarang aku nak kongsi sikit kebaikan PLKN ni biar orang tau apa sebenarnya berlaku kat PLKN. Dulu aku pun percaya ja cakap orang kononnya PLKN banyak keburukan la apa la. Aku tiba-tiba rasa bertanggungjawab pulak nak buka minda orang kat luar sana. Apa yang bakal aku ceritakan ni berdasarkan pengalaman aku mungkin berlainan kat kem lain tapi hampir sama ja aku rasa sebab modul sama kot. Buat bakal-bakal pelatih yang nak ke Kem Lagenda Seri Negeri nanti aku cerita secara details kemudahan kat sana okay. Senyum sikit taknak sedih sedih.

1. RAMAI KAWAN
Kat PLKN tempat terbaik kau nak buat kawan banyak-banyak Series aku cakap seminggu je masa aku amik nak jadi family dengan company aku. Yang takleh lupa ramai-ramai celebrate birthday aku. Terima kasih sangat sangat Sampai menangis aku sebab terharu.

2. BERDIKARI
Buat yang sekolah harian macam aku, memang tak pernah stay hostel la kan. Kat PLKN la korang nak belajar macam-macam. Camna nak basuh baju guna tangan, kemas katil, buat semua benda sendiri. Boleh la buat persiapan nak hidup kat matrik atau u nanti. Aku pun first time basuh baju guna tangan kat PLKN then terus jadi pakar.

3. DISIPLIN DIRI
Di PLKN korang akan belajar banyak benda yang akan mendisiplinkan lagi diri korang dan membentuk sifat positif dalam diri korang. Korang akan dilatih untuk sentiasa menepati masa dan disiplin diri yang tiptop. Modul di PLKN series aku cakap 99% akan buat korang tersedar untuk jadi lebih baik. Kalau yang hati kering tu aku tak tau la. Aku sendiri lepas je balik PLKN no more GERAMJI. Jarang aku marah marah dan buruk sangka dengan orang. Thank you PLKN.

4. KEROHANIAN
Arahan untuk solat jemaah di surau 5 waktu sehari, qiamullail, ceramah dan program agama sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada pelatih yang selama ini sering mengabaikan suruhan agama. Yang mana tau reti solat, masa ni ustaz ustazah akan cuba yang terbaik untuk ajar korang solat. Bacaan dalam solat yang tak berapa lancar tu masa ni nak perbaiki. Ditambah pula dengan aktiviti yang gempak and ceramah yang syok habis memang terbaik aku cakap.

5. KETAHANAN DIRI
Disebabkan kem aku memang jauh and phone cuma weekend, aku belajar untuk sesuaikan diri tanpa family di sisi. Aku belajar untuk tabah dalam kehidupan. Selain tu, yang mana feeling feeling putera atau puteri selama ni, masa ni la korang nak boost ketahanan diri korang dalam setiap akiviti di PLKN. Seminggu dua memang rasa nak give up tapi lepas tu korang dah biasa okay.

6. MAKAN BEST
Makan dekat PLKN 6 hari sekali okey. Orang kata makan kat PLKN tak sedap. Memang tak sedap la kalau mengidam makanan ibarat di hotel lima bintang. Tapi bagi aku makanan kat PLKN best. Menu yang disedikan complete untuk badan yang sihat. Makanan yang aku tak pernah tau and kuih tradisional yang aku tak pernah tengok, kat PLKN la aku kenal semua tu. Kadang-kadang diorang akan sediakan makanan yang gempak macam nasi ayam, mi kari, nasi lemak and macam-macam gi. Tak faham betul kenapa orang kata tak best =(

7. FEELING BUDAK TADIKA
Modul dalam kelas kat PLKN takde la macam kat sekolah. Bagi best giler. Aktiviti yang cikgu laksanakan buat aku rasa seperti kembali ke alam tadika yang sangat menyeronokkan. Kadang-kadang korang boleh tengok video yang best. Kalau mengantuk dalam kelas tu benda biasa la bukan bererti kelas tu boring tapi korang yang suka tidur lambat. Part yang paling aku tak boleh lupa setiap kali sebelum kelas mula, cikgu akan pasang lagu kuat-kuat and menari sekali dengan student. Best tau..

8. KAWAD DAN AKTIVITI FIZIKAL
Kawad adalah benda yang aku suka, sebab tu aku suka bila kat PLKN ada kawad. Bila sebut PLKN ja kawad takda benda lain ke korang nak fikir. Kawad ni berapa kal je boleh kira dengan jari okey. Bagi yang tak suka kawad tu jangan risau, kawad kejap je tak lama pun 2 jam je. Tu pun ada break setiap berapa minit. Cikgu pun faham la perasaan korang. Aktiviti fizikal di PLKN seperti PT pagi, riadah, aktiviti air, aktiviti tali and a few more membantu ketahanan fizikal dan meningkatkan stamina korang. Konfem aku cakap sebab aku buktinya. Memang meningkat stamina aku. Bagi yang nak dapatkan berat badan ideal, iyelah cuti sekolah makan tidur je keja, ni masa yang sesuai. Bagi yang obes, cikgu dah sediakan aktiviti untuk korang bagi menurunkan berat badan. Kawan aku turun 20kg++ okay. Memang berkesan. Apart from that, korang boleh merasa perkara baru seperti menembak. Series aku cakap best 30 butir peluru sorang. Mula-mula memang nervous tapi bila dah try macam nak lagi je.

9. KEPIMPINAN DAN TEAMWORK
Aktiviti-aktiviti yg dilaksanakan di PLKN membantu korang menonjolkan bakat kepimpinan yang ada. Aku sendiri berpeluang untuk jadi ketua team and melibatkan diri dalam aktiviti di PLKN. Series best. Korang yang mana rasa diri kurang dalam teamwork, masa kat PLKN la korang nak polish semua tu. Bila masuk u nanti series berguna okay ^^

10. PATRIOTISME
Selepas aku tamat PLKN, baru aku tau apa itu patriotisme. Selama ini bila orang tanya sayang negara tak, sayang tapi kita sedar tak banyak sangat benda yang kita menunjukkan tak cukup lagi sayang kita pada negara. Lepas balik PLKN, aku pantang betul kalau tengok bendera negara sepah sana-sini. Bendera kebangsaan kot asal korang tak hargai hah? Kalau yang tak reti duduk diam bila nyanyi lagu kebangsaan tu memang nak kena dengan aku la tu. Sayang negara okay.

Kalau nak ikut kan banyak lagi ni kebaikan PLKN tapi sampai esok pagi aku tak habis menaip ni. Kalau korang nak tahu korang experience sendiri. Yang dah dapat PLKN tu takyah nak cari alasan mengelak. Series best and tak rugi pergi PLKN. Kalau ada pertanyaan atau persoalan tanya ja aku sedaya upaya bantu okay.

No comments:

Post a Comment