11 June 2014

Hormat kami sebagai pengguna atau pembeli


Assalamualaikum.
Pertama sekali ingin diingatkan gambar di atas takda kena-mengena dengan yang hidup atau  pun mati. Apa yang bakal disampaikan hanya sekadar perkongsian dan pandangan aku je. Hari ni telah berlaku satu perkara yang paling tak diduga dalam hidup aku. Selama ni aku ingat semua promoter kat luar sana meman utamakan pelanggan tapi tak sangka mentang-mentang aku masih student and muda dari dia, boleh pula dia kurang ajar dengan aku. Dah la ambil masa aku sampai 20 minit, boleh pula dia kata aku tak respect dia bila aku cakap aku tak berminat dengan barang dia. Yang paling menyakitkan hati dia kata kat aku ' Macam ni la perangai orang Melayu, taknak berusaha nak berjaya tak nak terima benda baru, bab ilmiah memang selalu tak berminat ' . Dah aku kata taknak, kau tak payah la nak merendah-rendahkan aku kata aku rasa hebat la, taknak terima ilmu la. Kepala hotak kau, memang bengang betul aku hari ni.

Kau sendiri kata taknak paksa aku beli, tapi kau ceramah aku sampai 20 minit. Kau ingat aku bodoh sangat nak kena tipu ngan kau. Pandai je kau kata aku jenis yang senang kena tipu. Helo kau yang berlagak pandai pun tak boleh tipu aku, cermin diri sendiri la. Bukan semua orang sama. Aku dah explain kot kat kau yang aku perlukan duit untuk beli buku, kau tak paham ka. Boleh pulak kau ajak kawan kau lecture aku sekali. Kau dah pehal nak sentap sentap dengan aku. Sekarang ni sapa yang patut sentap hah. Aku pengguna hak aku la nak beli ke taknak. Takyah nak paksa paksa dah tu bila taknak beli kata orang kurang ajar pulak. Dah la kau tipu aku kononnya ada budak susah sanggup beli produk kau sebab produk kau terbaik. Tapi aku tertanya la jugak, orang susah bank-in through Maybank eh, pastu send penyata kat kau. Kalau dah dia susah mana pulak dia korek dia beli phone canggih nak hantar gambar penyata tu.

Jadi buat rakan-rakan, abang-abang, kakak-kakak di luar sana, kalau nak meniaga or promote barang, jangan cakap benda yang boleh buat pelanggan annoying okay. Dan yang paling penting jangan memandai nak tegur customer kononnya dia bodoh tak beli produk kau. Kalau dapat customer penyabar macam aku tak sembur kau takpa la, kalau makan dalam kang. Bila kita nak promote barang kita, kita fokus cerita kebaikan produk kita ja, takyah melebih-lebih nak judge customer tu. Takde orang yang suka di'judge' oleh someone yang dia baru jumpa seminit. Aku jenis yang susah nak marah dengan orang, tapi bila dia dah tak respect aku sebagai pengguna, sori to say, you are not deserve to be a businessman. Memang kau takkan berjaya. Selama ni aku jumpa peniaga yang tak ramah ja, first time jumpa yang kurang ajar.

Kadang-kadang barang tak bagus pun takpe, tapi service mau tiptop okay. Aku tak kesah beli barang tiba-tiba rosak so aku akan fikir benda baik-baik je mungkin kau tak perasan or tak sengaja. Jadi bila kenangkan kau ramah and layan customer dengan bagus, aku pun tak kan pergi tuntut duit aku. Walaupun orang tu masih muda, jangan anggap dia tak tahu apa-apa. Budak-budak 7, 8 tahun pun dah pandai macam-macam, inikan student 18 TAHUN. Kau ingat kitorang ni mentah sangat ke. 

So, jadi lah orang yang menghormati hak orang lain dalam perniagaan. Aku ni takdelah tahu sangat selok-belok perniagaan, tapi bab respect orang aku tahu. Semua ni sekadar pandangan aku, kalau ada yang salah sori sangat-sangat okay. Cuma aku harap takkan jumpa dah orang perangai camtu. To the abang, sori aku mengutuk kau kat sini, tapi aku memang bengang dengan kau bukan sebab apa tapi kau langsung tak minta maaf, aku dengan kawan aku pulak yang minta maaf dengan kau. =(

No comments:

Post a Comment

Thanks for the comment.. Keep following me !