12 April 2014

johor bahru

Assalamualaikum..

Mungkin ini hanya sekadar kenangan yg lampau tapi tak salahkan kalau perkara yg indah itu dikongsi bersama. Cuti sekolah yg lepas sebaik sahaja habis SPM aku telah meluangkan masa bersama keluarga ke Johor Bahru dan Shah Alam. Post ni aku cerita pengalaman di JB dulu okey..

DAY 1 
Pagi2 dah bertolak sebab dari utara nak ke selatan lama kot. Bayangkan perjalanan dari 8 pagi hingga 6 petang. Sampai2 je terus check in Good Hope Hotel, Skudai.

  
Malam tu kami ke Galleria, JB untuk dinner then jalan2 di kawasan tu. JB sama je mcm KL waktu malam. Malam2 pun kereta still moving on the road.




DAY 2
Hari yang kedua it is time to have fun.. yeay.. So, kitorang pergi Legoland yg terletak di Nusajaya. Since kitorang pergi masa tengah buat promotion, jadi memang discount habis ah. Siap dapat extra ticket gi. Kalau nak discount beli online di sini










Alang2 dah ke Legoland tu singgah la Medini Mall. Memang banyak restoran kat sini. Medini Mall sebelah aje dengan Legoland. Makanan dari Eropah, Timur Tengah, Asia semua ada, Kalau nak makan fast food pun ada juga.


Malam tu kitorang jalan2 and dinner sekitar Danga Bay. Aku suggest Danga Bay lagi best kalau pergi malam, cantik sangat..



DAY 3
Pagi tu kitorang breakfast di Restoran Bumbu Asli sebab tak best la datang JB tapi tak try Laksa Johor yg paling sedap kat sini. 



Then, the ' must-visit ' place, Muzium Sultan Abu Bakar tempat yg perlu dilawati kalau dh sampai JB okey.



Kalau perlukan sebarang pertanyaan atau tourist guide, boleh la ke Johor Information Centre yg terletak berdekatan dengan Muzium Sultan Abu Bakar.



Selepas tu, kitorang ke Duty Free Zone di Jalan Stulang Laut. Semua benda yg jual dalam mall tu duty free. 

















Dah penat jalan merata mesti nak lunch kan. Apa kata kalau lunch di Restoran Singgah Selalu. Memang terbaik ah restoran dia. Sedap and service yg memuaskan hati.





  


Lepas makan, kitorang solat di Masjid Sultan Abu Bakar. Subhanallah, indah dan cantik binaan masjid tu.



Dah solat, shoot gambar semua, kitorang ke Bazar JB yg beroperasi mulai lewat petang sehingga tengah malam. Memang meriah ah tapi kena sabar sikit sebab memang susah nak cari parking tambah2 time cuti sekolah kan.



Kalau korang teringin sangat nak masuk shopping complex, ye la mana tau kot rindu nak indoor shopping ke apa boleh la singgah di Johor Bahru City Square.



Untuk dinner pulak kalau korang nak makan sesuatu yg berlainan boleh la ke Din BBQ Station di Nusa Bestari.



DAY 4
Hari yang ke-empat atau hari yg terakhir kami berada di JB kami telah ke Puteri Harbour Family Theme Park iaitu satu2nya indoor theme park di JB. Kalau korang dh ke Legoland sebelum ni dan masih simpan ticket boleh la tunjuk kat ticket counter di theme park tu untuk mendapatkan discount.













Perjalanan seterusnya adalah ke Johor Premium Outlets atau lebih dikenali sebagai JPO. Kat sini banyak butik2 untuk semua jenis barang branded yg diimport semestinya. Tapi semua tu boleh dapat dengan harga murah dari butik kat tempat lain. Murah2 pun tetap beratus beribu jugak lah. Nama pun barang branded kan. Kalau agak2 mcm nak makan, kat JPO ada food court jugak. Datang tau kot nak beli baju, handbag, kasut and many more branded stuff..








Akhirnya percutian ke JB berjaya mengukir senyuman di bibir semua orang tetapi semuanya tidak berakhir di sini sahaja. Percutian ini diteruskan pula ke Shah Alam pada malam tu juga, aku akan ceritakan memori aku di Shah Alam dalam post akan datang okey. Seperti biasa jika inginkan maklumat yg lebih lanjut silalah tanya Mr Google ye..

No comments:

Post a Comment