20 May 2014

to my Ibu

Assalamualaikum..

Walaupun sudah berlalu tapi masih belum terlambat Nur nak ucapkan Selamat Ulangtahun Kelahiran Ibu pada 16 Mei yang lalu. Macam jodoh je kan, sebagai tenaga pengajar, ibu juga menyambut Hari Guru pada tarikh yang sama. Selamat Hari Guru. Ibu bukan sahaja banyak berkorban sebagai seorang ibu dan isteri untuk keluarga, tetapi Ibu jugak merupakan cikgu 'free' untuk aku dan adik2. Terima kasih Ibu.

Bagi aku, kehadiran seorang Ibu sangat bermakna dalam kehidupanku. Aku sedar walaupun banyak hal diurus oleh Abah tetapi dalam hal2 tertentu aku masih memerlukan Ibu. Betul la kata orang Ibu dan Abah kedua-duanya ada peranan tertentu dalam keluarga. Entah macam mana tahun ni boleh pulak aku buat surprise sempena sambutan Hari Ibu. Tq Ibu sebab terharu. *melompat tak terkata bila Ibu cakap dia happy.

Sedih. Tahun ni tahun pertama aku akan sambut Ramadhan berjauhan dengan keluarga. Nun jauh di selatan. Bangun sahur sendiri. Buka puasa sendiri. Semuanya buat sendiri. Mesti rindu kan. Hmm.. Walaupun tak pasti nak sambung mana lepas ni *sebab masih tunggu satu lagi tawaran, tapi yang pasti puasa la engkau tanpa keluarga di sisi2 wahai Wani. Maklumlah, cenggini lah bila tak pernah duduk asrama. Sahur, bukak puasa, solat Maghrib, tarawikh semua dengan family.

Semoga aku menjadi seorang insan yang tabah dan cekal menghadapi setiap dugaan yang akan datang. *tapi akan jadi rutin aku untuk kol Ibu setiap hari. hehe.. Pengorbanan Ibu dan Abah tak akan sia-sia. Terlalu banyak impian dan cita2 yang nak aku capai. Semoga segalanya dipermudahkan oleh Allah. 

Nak tumpang post sikit ye.. To my friendsssss, silalah jaga diri elok-elok di mana pun korang berada. In syaa Allah, bila tiba masa kita jumpa juga suatu hari nanti. Semoga masa tu masing2 dah berjaya capai cita2 sendiri. Mungkin dengan kelebihan dan kerjaya kita yang berbeza boleh bantu-membantu satu sama lain nanti. Study hard and study smart ye.  

No comments:

Post a Comment