03 May 2014

what I chose, and what will you choose ?

Assalamualaikum.

Jam 5.08 am. Mata masih segar sehingga membuatkan aku mencapai laptop di meja dan terus berkarya sementara menunggu subuh muncul di pagi hari.

Dah la tajuk kau klise Wani, kau bermadah pulak.

Apa kaitan tajuk saya hari ni dengan apa yang saya ingin kongsi dengan korang semua? Sebenarnya what I actually want to share with you is where you want to go after your SPM.

" Kau senanglah result gempak, minta mana2 pun dapat "

Hello, dunia hari ni bukan pandang IQ semata-mata okay. Semua benda kena interview. Mesti semua tertanya-tanya beza matrikulasi dan asasi kan? I dont know much about it, tapi aku akan ceritakan based on my research and what I apply. Nanti In syaa Allah kalau dapat tawaran n dah daftar any one of it, I will share okay.

Matrikulasi. Satu program di bawah KPM. Korang akan rasa life korang tak ubah macam di sekolah. Bezanya baju kurung or kemeja dah macam2 warna. Best tentang matriks ialah kalau korang memang boleh hidup dengan jadual yang sangat pack, tempoh pengajian hanya 1 tahun. So, it is a kind of an alternative path untuk sambung degree. Tapi kalau rasa2 macam tak boleh nak survive silalah buat permohonan untuk 2 tahun. MUNGKIN akan dipertimbangkan. I dont kmow. Maybe. Alhamdulillah, aku dapat tawaran ke Kolej Matrikulasi N9 which I heard used to be a top 5 matriculation college. Ramai kot Badlishans yang dapat situ even they dont applied for it. Tapi aku happy la sebab aku memang mintak KMN9 pun. However Im still waiting untuk tawaran yang lebih baik daripada ni.

Asasi. I don't know much about Asasi but I know a little about PASUM. Eh jap jap, apa tu PASUM ? Ingatkan semua orang tahu sehingga kawan aku tanya. Okay fyi, Pasum stands for Pusat Asasi Sains Uni Malaya. And yes I apply for it walaupun aku tahu peluang agak tipis. Kalau nak compare Pasum and matriks, of course la PASUM. Pembelajaran hampir serupa tp tak serupa. Sebab korang akan belajar lebih details di PASUM. Yang bestnya tentang Pasum: 1) Gain new experience learning in a uni learning envirnment 2) Nak outing takde peraturan macam matriks. Nak stay kat luar pun boleh. Ikut suka korang nak keluar n masuk pukul berapa. Tp kalau nk masuk 10 pm ke atas kena tunjuk kad matrik. Tu je. So kalau mcm nak bebas sikit, pilihlah PASUM okay.

IB. Aku apply IB diploma di Kolej Mara Banting untuk program perubatan ke Ireland. And I put a lot of efforts and hopes on it. Life di KMB macam boarding school. Kalau yg study di MRSM, macam tu jugak di KMB. Tapi di KMB korang akan belajar banyak benda from different aspects. Nama pun persediaan ke luar negara, memang kena struggle habis lah. Apa yang aku tahu, korang akan dibanjiri dengan reports2 yg perlu disiapkan sehingga takda masa nak study. Sebab tu time management is the most important thing in KMB. Tak kesah la life macam sekolah, bilik takde aircond ke, tapi ilmu yang korang dapat tu penting. 

Seperti yang telah dinyatakan, semua benda kena interview kan. So sukacitanya dimaklumkan bahawa saya berjaya mendapat panggilan temuduga PASUM dan KMB. Mudah-mudah berjaya lah ye. Apa yang perlu dilakukan ketika ditemuduga? Apa soalan temuduga ? Based on my experience, they will give you a case and you have to discuss it within your group. Then, they will ask you about your opinion on current issues. They will also give you a task to evaluate your creativity. Sori sebab I cant reveal the exact questions sebab telah diberi amanah oleh pihak temuduga. Yang penting jawab dengan penuh confident dan beri point jawapan yang straight to the question. Jangan sampai jawapan anda mengelirukan mereka okay. Your teammate mungkin nampak macam budak kampung tak reti speaking, but once she/he speaks baru kau tahu kau tak hebat mana pun. So, just try your best.

Susah ke senang ke sangat subjektif . Tak salah nak dengar pendapat orang tapi jangan sampai terpengaruh. Nak masuk matrik ke asasi ke IB ke pilih lah yang mana korang rasa korang mampu perform. Setiap satu tu ada kelebihan dan kekurangan masing2 kan. Buat research and you will get you answer.

Sekali lagi diingatkan ini hanya sekadar perkongsian PANDANGAN aku semata-mata sebab masih belum experience semua tu. It may be right, it may be wrong. Accept it with your open heart okay. Kalau ada yang tersilap boleh lah tolong betulkan okay. Thank you.

No comments:

Post a Comment